pernah x dengar yang wanita2 mengandung ada pantang larang yg kena ikuti..biasanya mak2 kite akan bgtau kt kite bila kite mengandung..itu x bole buat..ini x bole buat..kadang2 sampai nak wat sesuatu kena tya mak dulu..hehe..biasa la kite org melayu..mmg kaya dgn adat dan pantang larang....jom kite tengok dan renung2 apa pantang larang yang harus diamalkan oleh ibu mengandung...
sebenarnya pantang larang 2 da ada sejak berzaman zaman lamanya lg..rasanya mgkin zaman2 nenek moyang kite benda ni da wujud..so smpai la sekarang pantang larang 2 dijadikan ikutan dan diperturunkan..rasanya bukan dlm masyarakat melayu jek pantang larang ni wujud..kaum2 dan bangsa2 lain pon mesti ada kepercayaan diorang yg tersendiri
1-Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak. Yang sebenarnya, tujuannya larangan di sini adalah untuk melahirkan rasa hormat kepada orang tua da selalunya ibu mertua turut menjaga dan membantu sewaktu dalam pantang.
2-Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan
3-Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.
4-Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.
5-Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.
6-Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.
7-Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh.
8-Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.
9-Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.
10-Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan. Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.
11-Ibu mengandung juga dilarang menjahit atau menggunting baju kerana bimbang anak yang lahir nanti akan menjadi sumbing.
12-Tidak boleh makan memakai pinggan yang kecil..kerana dikhuatiri semasa mahu melahirkan anak nanti pintu rahim ibi tidak boleh terbuka dengan lebar.
13-Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.
14-Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.
15-Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.