untuk suke2 ajerrrr...

Selasa, 10 Ogos 2010

MENJELANGNYA BULAN RAMADHAN..




nampaknya bulan Ramadhan pon da nk hampir tiba..jangkaannya mungkin hari Rabu kite akn menyambut puasa..itu pon klu anak bulan nk memunculkan diri..:-)..bulan yg penuh keberkatan dan penuh kemuliaan utk kite isi dengan amal kebajikan..diharap taun ni aku dpt la jalankan ibadat puasa ni dengan penuh kesabaran..al maklum la..bila pregnant ni..tkut gak x terbawak dek badan..bkn apa..tkut bby yg lapar..huhu..tp InsyaAllah..aku akn cuba gak utk berpuasa..taun ni taun pertama berpuasa sebagai seorang isteri..pasni bersahur dan berbuka da ada suami yg menemani..mgkin lebih bermakna Ramadhan kali ni..:-)..kepada sume umat Islam semua..SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN YG BAKAL TIBA..sama-samalah kite menjaga perilaku dan mengumpul sebanyak mana pahala di bulan yg mulia ini..semoga amalan kite semua akan diberkati oleh Allah SAW..AMINNNNN...

Lafaz niat puasa ramadhan:

“Sahaja aku puasa esok hari, menunaikan puasa fardu Ramadhan, tahun ini, kerana Allah Taala”


Perkara yang membatalkan puasa.

(1) Makan dan minum pada siang hari dengan sengaja.

(2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan.

(3) Muntah dengan sengaja.

(4) Melakukan persetubuhan pada siang hari.

(5) Mengeluarkan mani dengan sengaja

(6) Keluar darah haid dan nifas

(7) Gila

(8) Mabuk atau pengsan sepanjang hari.

(9) Berbuka puasa sebelum masuk waktu maghrib

(10)Murtad.

Antara hikmat puasa ialah:

* Mengukuhkan iman dan takwa kepada Allah SWT.

* Membentuk sifat-sifat mulia seperti sabar, berdisiplin, bertimbangrasa dan bersyukur.

* Dapat menjauhkan diri dari segala dosa dan kejahatan.

* Mendatangkan kesihatan dan kecerdasan