untuk suke2 ajerrrr...

Isnin, 30 Ogos 2010

GILER BUNGA!!!!!!


mmg sesuai skali title kt atas 2 klu nk describe pasal aku..GILER BUNGA!!!! asal nmpak bunga yg cantik jek kt kedai..mmg aku x agk2 utk beli..kdg2 2 sampai da x tau nk bubuh kt mna lg kt uma 2..da penuh dgn bunga..setiap sudut ada bunga..tp aku x suka bunga yg beso2..yg crowded2 sgt..aku suka yg simple2 n sweet jek..sbb 2 aku suka beli bunga n gubah sendiri..senang..kena ngan citarasa aku sendiri..:-)..baru2 ni g memborong bunga kt ROMANTIKA ANGSANA..mmg giler tgk bunga2 kt sana..cantik2 sgt..hubby xleh ckp apa la..da masak sgt ngan perangai wife dia ni..hehe..biasa la bunga utk HARI RAYA..kt bawah ni bunga2 yg aku beli kt ROMANTIKA..mlm 2 gak gubah bunga yg dibeli..excited sampaikan balik2 uma terus capai bunga 2..dan ni la hasilnya...
_
_
_
_
_
_
_

gara2 bunga ni la aku tido sampai kul 2am..
pas gubah bunga terus susun kt tmpat2 tertentu..
bunga2 lama di alih tempat..
da mcm kedai bunga da unma aku..
pape pon hepy sgt sbb bunga2 ni comellllll sgt....
wat aku senyum sepanjang mlm...:-)..

BERBUKA @ NEW YORK HOTEL


menerima jemputan bestfriend my hubby utk berbuka puasa bersama2..so berbuka kt NEW YORK HOTEL yg menjadi pilihan..x bape byk makanan yg disediakan..so mkn pon mmg mcm TAK PUAS..:-(..tp yg bestnya kt sini..dia ada sediakan DURIAN GORENG sebagai juadah pencuci mulut..mmg 1st time aku mkn durian goreng ni..memula rasa cam was2 gak nk mkn..yela takut x sedap kan..tp aku tgk cepat btul benda 2 abis..pas 2 aku tengok org amik sumenya banyak2..sedap sgt ker??? aku pon try la amik 4 ketul jek..takut kang tetiba xsedap la plak..tp mmg x sangka..SEDAP GILERRRRR!!!..rangup di luar..tp cair kt dalam..mmg sedap sgt la..rasanya mmg x juper jual kt luar kot..pape pon thanx 2 ANUAR..coz belanja weols mkn kt sni..:-)
_
_
_
_
_
_
_

antara gambar2 semasa berbuka kt
NEW YORK HOTEL..


_
_
_
_
_
_
_
_

ha ni la dia DURIAN GORENG yg sedap sgt 2...
nyum!! nyum!!

Jumaat, 27 Ogos 2010

KEMARUK BUAT KUIH RAYA..


tetiba mood jadi RAJIN taun ni..dengan semangat yang berkobar2 ckp ngan my hubby nk wat kuih raya..wat yg simple2 jek..yg mnjd pebret diri sendiri dan my family..:-)..macam nk wat 2,3 jenis biskut jek..dgn mengheret oven aku ke opis..maka bermula la episod membuat biskut raya di opis..hehe..sambil menyelam minum air org kata..daripada xde wat apa kt opis 2..lg baik la aku wat kuih..smlm baru dpt wat 2 jenis biskut jek..BISKUT CONFLAKES MADU COKLAT..ngan BISKUT SUJI..seronok gak da mcm main masak2 plak..hehe..nk sambung lg wat biskut lain plak nnt..;-)


siap posing lg 2..huhu..

biskut conflakes madu coklat..
i likeeeeeee...:-)

biskut suji..
ni gambar b4 dibakar..

bahan2 kuih yg dibeli..

Rabu, 25 Ogos 2010

LOSYEN UTK KULIT KERING..


semalam malam baru aku perasan yg kulit aku jadi kering kt certain2 part..waaaaaa...bkn main risau lagi aku..even bukan la kering yg keterlaluan sampai bersisik 2...(iskh mintak dijauhkan)..tp sudah pasti membuat kan aku jadi x tentu arah..mgkin di sbbkan kurang minum air pada bulan pose ni..ditambah plak dengan keadaan aku yg tgh pregnant ni..dgn cuaca yg x menentu..dan dengan keadaan aku yg kerja kt bawah air cond jek..mmg kulit mudah menjadi kering..biasanya sblm ni pas mandi aku sapu badan aku ngan losyen nivea jek..mayb x mencukupi..sbb losyen 2 bukannya khas utk dry skin..so..aku pon apalagi..dengan x sabar mengajak hubby aku g farmasi dan cari losyen khas utk DRY SKIN...lalu terjumpalah losyen yg mmg aku cari2 iaitu..
_
_
_
_
_

TARAAAAAAA...
_
_
_
_

ROSKEN SKIN REPAIR
THE DRY SKIN SPECIALIST...


losyen ni mmg bagus utk kulit kering dan utk kulit sensitif..walaupon harga dia agak mahal nk dibandingkan dengan losyen2 biasa..tp sume 2 x jadi masalah asalkan kulit kite cantik kan???? selain diiktiraf..ia juga mengandungi VITAMIN E utk memelihara kulit kita..harap2 berkesan la hendaknya losyen ni..pasni mmg nk kena lumur losyen ni la seluruh badan after mandi...huhu...susah btul jadi pompuan ni..serba serbi x kena kan...
:-(..dan pasni kena standby losyen ni yg kecik utk di bawa dlm handbag..senang nk pakai bila2 masa diperlukan..nampaknya sok kena g farmasi balik la beli yg kecik plak..hehe..:-)

BERBUKA PUASA BERSAMA FAMILY & STAFF ARENA SAWIT


hujung minggu lalu..kami warga ARENA SAWIT..ARENA FARM & ARENA CANOPY telah pon berbuka beramai2 di SINGGAH SELALU JB..bukan setakat para pekerja ARENA jek yg berbuka kt situ..KEDUA BELAH FAMILY aku n my hubby pon sama2 turut serta..mmg seronok sgt2..yela bkn selalu dpt berkumpul ramai2 mcm ni..seramai 34 ORG DEWASA dan 7 ORG KANAK2 yg memenuhi SINGGAH SELALU..nasib baik mmg da booked sehari awal..so mmg xde masalah la xde tempat or x cukup tempat..semua pekerja DIWAJIBKAN HADIR..jd ari 2 mmg sume pekerja berkumpul beramai2 berbuka puasa bersama2..mmg saje my hubby pilih singgah selalu..even aku da 2X mkn kt situ..bkn apa..biar diorang leh mkn puas2..lauk yg disediakan kt singgah selalu 2 mmg byk..so bole la diorang wat pilihan..semoga taun2 dpn pon harapnya kekal la aktiviti BERBUKA PUASA BERAMAI2 ni hendaknya..biar pekerja rasa gembira dan rasa dihargai..:-)


Antara gambar2 staff ARENA & FAMILY
sewaktu di SINGGAH SELALU...
bukan main hepy lagi diorang...:-)


ni plak gambar ngan NADIA & AISYAH AF...
x sangka leh jupe diorang kt singgah selalu..
kebetulan diorang ada show kt JB..

ngan my HUBBY & ADIK2..

Isnin, 23 Ogos 2010

CELEBRATE ANNIVERSARY DENGAN BERBUKA PUASA @ GOODHOPE HOTEL


sempena menyambut WEDDING ANNIVERSARY kitorang yg ke 5 BLN..hubby dgn rela hati mengajak berbuka kt luar..dan rasanya dalam minggu ni mmg da bape kali berbuka kt luar..isteri mmg suka ajer..hehe..:-)..plan asal ingat nk berbuka kt HOTEL KATERINA B.PAHAT..tp time nk wat reservation penuh plak..beralih ke HOTEL NEW YORK JB..pon full jugak..mmg frust sgt2..last2 surf internet terjumpa la BUFFET BERBUKA PUASA KT HOTEL GOODHOPE..mmg x penah pegi berbuka kt sini..ni la 1st time berbuka kt sini..memula mmg agak ragu2 gak..yela takut x begitu memuaskan..tp x sangka plak buffet kt sini leh tahan gak..byk makanan dan pencuci mulut yg disediakan..ada sate..otak2..kambing bakar..bebagai jenis kerabu..keropok..ABC..buah2an..ada mee wantan..aiskrim..dan byk lg la..kira berbaloi gak la berbuka kt sini..:-)..

HOTEL GOODHOPE

Amira n Abah..

wif my BELOVED HUBBY..

Amira..

aku yg da x sabar nk berbuka..:-)

hubby tgh teruja mengambil makanan..

antara makanan yg disediakan..

makanan yg weols ambik..




suasana sewaktu nk berbuka puasa

Ahad, 22 Ogos 2010

IKAN SIAKAP STIM LIMAU


bila bulan puasa..citenyer x lain..mesti pasal makanan...
:-)..saje nk citer pasal pengalaman pertama aku masak IKAN SIAKAP STIM LIMAU ni..b4 ni mkn kt kedai jek..so bila bulan pose ni kena la masak utk suami dan anak..x pandai pon kena pandai2kan gak..ari2 tya hubby nk mkn apa...Amira nk mkn apa..kadang2 2 sampai xtau nk masak apa...2 yg kadang2 kena mkn luar..sbb isteri da kekeringan idea nk masak apa..huhu..ok balik pasal cite ikan siakap aku ni..mmg x pnh msak stim limau..biasa ikan siakap aku akan masak SWEET SOUR..x pon..masak
 LEMAK CILI API..bila hubby kata nk mkn MASAK STIM LIMAU..aku pon ia kan ajer..konon2 mcm pandai la..hahaha!!!..tp kdg2 kite bole pikir apa bahan yg dia letak masa mkn kt kedai 2..ala biasa la memasak ni..pusing2 bahannya yg sama gak kan...so inilah hasilnya
_
_
_
_
_
_
_
_

IKAN SIAKAP STIM LIMAU AKU...


senang jek nk buat dia..mmg sama rasa mcm kt kedai..hehehe..bila hubby puji sedap 2..mknanya LULUS UJIAN la...;-)
nk resipi x?????..bole la wat cuba2 bila terasa nk mkn..

bahan2nya:

-ikan siakap 1 ekor
-halia dihiris panjang
-bawang putih dihiris
-2 batang serai dihiris
-lada kecik (cili padi) dipotong kecil
-daun saderi dihiris
-bawang besar dipotong bulat
-perahan air limau nipis
-bahan perasa

cara membuatnya:

-masukkan air ke dalam kuali. pastikan air dapat menenggelami ikan siakap tersebut. satukan bahan di atas kecuali daun saderi, perahan air limau nipis dan bawang besar. masak di atas api yg sederhana. biarkan sehingga ikan separuh masak. kemudian masukkan air perahan limau nipis (masam ikut suka anda), daun saderi dan bawang besar. angkat bila rasa ikan sudah betul2 masak. pastu bolehlah taburkan daun saderi yg lebih 2 kt atas ikan tersebut..selamat mencuba ye...

Sabtu, 21 Ogos 2010

PANTANG LARANG SEMASA HAMIL

pernah x dengar yang wanita2 mengandung ada pantang larang yg  kena ikuti..biasanya mak2 kite akan bgtau kt kite bila kite mengandung..itu x bole buat..ini x bole buat..kadang2 sampai nak wat sesuatu kena tya mak dulu..hehe..biasa la kite org melayu..mmg kaya dgn adat dan pantang larang....jom kite tengok dan renung2 apa pantang larang yang harus diamalkan oleh ibu mengandung...
sebenarnya pantang larang 2 da ada sejak berzaman zaman lamanya lg..rasanya mgkin zaman2 nenek moyang kite benda ni da wujud..so smpai la sekarang pantang larang 2 dijadikan ikutan dan diperturunkan..rasanya bukan dlm masyarakat melayu jek pantang larang ni wujud..kaum2 dan bangsa2 lain pon mesti ada kepercayaan diorang yg tersendiri

1-Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak. Yang sebenarnya, tujuannya larangan di sini adalah untuk melahirkan rasa hormat kepada orang tua da selalunya ibu mertua turut menjaga dan membantu sewaktu dalam pantang.

2-Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan

3-Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.

4-Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.

5-Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.

6-Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.

7-Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh.

8-Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.

9-Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.

10-Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan. Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.

11-Ibu mengandung juga dilarang menjahit atau menggunting baju kerana bimbang anak yang lahir nanti akan menjadi sumbing.

12-Tidak boleh makan memakai pinggan yang kecil..kerana dikhuatiri semasa mahu melahirkan anak nanti pintu rahim ibi tidak boleh terbuka dengan lebar.

13-Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.

14-Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.

15-Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.

BERBUKA PUASA @ SINGGAH SELALU JB


hubby yg beria ajak mkn kt kt SINGGAH SELALU ni..disbbkan isterinya ni penat nk masak..( penat ya amat..coz bgn pagi sahur kena masak..nk berbuka pon kena masak gak..huhu..)..so dia pon dengan ati yg rela mengajak isteri dan anaknya berbuka di luar...:-)..mmg x plan nk mkn kt sini pon..tetiba ptg 2 dia ckp ajak mkn kt SINGGAH SELALU..ingat beli mkn kt bazar jek..nasib baik tel wat reservation masih ada lg..rasanya tiap taun klu bln pose x pnh missed mkn kt sni..mgkin sbb hrga yg berpatutan dan lauk pauk yg disediakan pon byk..tp nmpknya taun ni ada peningkatan hrga..RM 35.00 utk DEWASA..dan
RM 20.00 utk KANAK2..hubby plak suker mkn kt sini sbb ada KAMBING GOLEK..dia pya pebret dish..aku xtau la apa yg sedap sgt..sbb aku mmg x mkn kambing..
:-)..tp mmg ok la mkn kt sni..sbb apa ok?? sbb hubby yg bayar...hahaha!!!
_
_
_
_
_
_
_

menunggu saat utk berbuka puasa..
_
_
_
_
_
_
_

makannya 3 org..amik lauk nya mengalahkan apa..
klu bole sume lauk nk amik..:-)
_
_
_
_
_
_
_
_

suasana kt SINGGAH SELALU..

Khamis, 19 Ogos 2010

BERBUKA DI SR STREET CAFE SIMPANG RENGGAM


kes gara2 x sempat masak utk berbuka..so pelagi..mkn kt luar la gamaknya..1st time berbuka kt luar sejak bulan pose ni..kbtulan banyak order sawit yg nk di settlekan..dengan ujan lebat..balik2 dari opis jek da pukul 6.30..mmg la x sempat nk masak..nk g beli makanan kt bazar mmg xleh sbb ujan mmg turun dengan selebat2nya..nasib baik la ada 1 restoran kt simpang 2 ada wat buffet utk berbuka puasa..kami anak beranak pon try la berbuka kt SR STREET CAFE..bayaran utk DEWASA RM 17.90..KANAK2 plak RM 9.90..bole la utk wat ada2..cuma makanan yg disediakan x begitu byk..so x bape nk best la mkn 2..huhu..


masih bole sengih walau pon lapo..

x sabo nk buka kan...;-)

ibu n Amira..

Abah n Amira..

antara makanan yg di amik kitorang..



Rabu, 18 Ogos 2010

IBU HAMIL BOLEH PUASA?


Tips yang boleh diikuti untuk ibu hamil yg mahu berpuasa:

1- Perlu diperhatikan adalah kualiti makanan..bukannya kuantiti makanan yg diambil..
2- Perhatikan juga komposisi makanan..meliputi kandungan zat gizinya, protein, vitamin dan karbohidrat. usahakan juga untuk meminum air yg cukup sewaktu bersahur atau berbuka..
3- Disarankan untuk mengambil supplemen tambahan seperti kalsium, zat besi dan folat.
4- Bayi akan menyerap makanan yg dimakan oleh ibunya..jd tidak ada masalah utk bayi kekurangan zat..pastikan ibu makan makanan yg berkhasiat utk disalurkan kepada bayi..

TAPI..ibu hamil di sarankan utk TIDAK berpuasa jika mempunyai simptom2 seperti berikut:

1- Pendarahan
2- Kencing manis
3- Tekanan darah tinggi
4- Gangguan sistem pencernaan
5- Dehidrasi
6- Muntah yg teruk
7- Hidung berdarah
8- Lemas
9- Pening disertai mual dan muntah
10- Berpinar-pinar
11- Kejang dan kebas

so..sape kata yg ibu hamil xleh puasa kan...jgn jd kan hamil 2 satu alasan utk kita xnk menjalankan ibadat puasa di Bulan Ramadhan ni...InsyaAllah klu diizinkan Allah aku nk puasa penuh taun ni..harap2 dapat la dikenankan doa aku ni..biar kami 1 family..ABAH..IBU dan AMIRA dapat puasa penuh taun ni...AMINNNNN...

Selasa, 17 Ogos 2010

LOM RAYA TAPI DA MASAK KETUPAT..:-)


2 la bila tetiba diri terasa rajin..:-)..angin xde..ribut xde..tetiba rasa nk msk ketupat..biasa la ari ahad..x kje..so mmg byk masa leh di abiskan kt uma klu da siap ngemas uma..kebetulan ketupat segera nona 2 mmg ada kt peti ais..so pelagi..trus g rebus..kul 2.30 da tercongok kt dapur sorang2 masak..hubby plak g kebun..Amira plak study kt bilik..mesej hubby suh blik awl skit coz nk beli daging ngan ayam kt pasar..ekceli nk msak lauk utk mkan ketupat mmg amat leceh..ye la mn nk masak sambal kacang..rendang daging..kari ayam dan sayur kacang panjang goreng..biasanya wat bnda ni sume rmai2..ni bila masak sorang2..mmg terasa gak la kesibukannya..huhu..tp klu kite msak ikut step by step..sume 2 leh jd mudah jek..yg pntg wat mn yg leceh dulu..rebus daging..goreng kacang tanah..wat kerisik..blend kacang..blend kerisik..blend bahan2 utk masak..wah..dengar pon mmg mcm x cukup tgn kan??? mmg pon..:-(.. nasib baik ada hubby yg nk tolong jenguk2 isteri kt dapur..tlg basuh mn yg patut..tolong kacaukan sambal kacang dan kacaukan rendang daging sampai kering..hehe..tengkiu dear!!!..so bole la isteri masak dengan ati yg senang..:-)..start masak kul 5..kul 6.45 da siap masak..cm nk patah gak pinggang bila x benti masak..tp bila sumenya da siap rasa lega jek..siap leh anta mgkuk tngkat kt uma mak lg..saje nk bgtau kt mak yg anak dia ni leh masak ketupat sorang2..hahaha!!!...yg my hubby lg la best..siap tipu Amira yg sok da raya..2 yg ibu masak ketupat..budak 2 pon dengan lurus bendulnya pecaya jek ckp abah dia 2..huhu..tp apa yg pasti..my hubby puji sedap..SEDAP la..sebab da tinggal mkn..lgpon biasanya jarang nk dapat mkn ketupat ni klu x tiba ari raya kan..pape pon mmg sungguh mencabar betul..dan mlm 2..kul 10pm aku da tido..sbbnya keletihan bangatttt seharian kt dapur..:-)


rendang daging..

sambal kacang..
terpaksa mntk resepi kt mak..hehe..:-)

kari ayam..

goreng kacang panjang+tempe+kentang

ketupat segera nona..

siap utk di mkn..:-)