diam x diam 24-05 dtg lg..nmpknya bertambah lg 1 angka dlm umur aku..huhu..cepatnya msa beredar..skang umo pon da 31 taun...uwaaaaa..rsa mcm da tua la..xpe la..yg pntg bersyukur byk2 pd Allah sbb msih bernafas hingga ke hari ini..dpt mnjalankan kehidupan dgn baik..dpt melaksanakan tggungjwb sbg isteri dan ibu dgn sebagus mungkin..dan alhamdulillah segala apa yg dirancang dan diimpikan ada yg sudah dimakbulkan oleh Allah SWT..aminnnnn...xde apa yg perlu ditakutkan pd umo..ia hanya sekadar angka kan...yg pntg bgimana kite mengendalikan diri dan kehidupan kite..hidup perlu selalu gembira..dan dgn kegembiraan dan kebahagiaan itulah segalanya dlm hidup bermula...:-)
sape2 yg lahir pd bln yg sama dan berbintang sama cam aku..jom kite jenguk2 rahsia personaliti kite kt bawah ni..saje utk suke2..untuk kite2 ajeeee...:-)
MEI
-keras hati dan degil
-kuat semangat dan bermotivasi tinggi
-pemikiran tajam
-mudah marah jika tidak dikawal
-pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
-perasaan yang sangat mendalam
-cantik dari segi mental dan fizikal
-tidak perlu dimotivasikan
-tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
-mudah dipujuk
-bersikap sistematik ( otak kiri )
-suka berangan
-kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lain
-mudah diserang penyakit di bahagian telinga dan leher dan lemah sistem pernafasan
-daya khayalannya tinggi
-pemikiran yang tajam
-pandai berdebat
-fizikal yang baik
-suka sastera, seni, muzik dan melancong
-tidak berapa suka duduk dirumah
-tidak boleh duduk diam
-tidak punya ramai anak
-rajin dan bersemangat tinggi
-agak boros
Gemini Yang Bebas
Ciri Positif:
Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Mei hingga 20 Jun dikatakan bernaung di bawah zodiak Gemini, yang berlambang Saudara Kembar. Dengan yang demikian, Gemini mahir berkomunikasi, suka mengembara, serba boleh, bijak, ada kuasa bercakap, berkebolehan menulis, kedekatan pada sanak saudara dan jiran, gemar penghijrahan, dan bersikap terbuka.
Ciri Negatif:
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap hanya suka sekejap sahaja, berperangai keanak–anakan, gugup, talam dua muka, bercakap kosong, tak lengkap dan suka berpura–pura.
Kualiti Astrologi:
Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah PISCES, VIRGO dan SAGITTARIUS.